A

Shugo Chara - Ran's Egg
When A New Novelist Born

New Novel In Wattpad (Wonderwall)

POSTED ON: Thursday, January 25, 2018@ 10:00 PM | 0 comments


This is Harry Potter's Marauder Era Fanfiction.
It's about Sirius Black love story with OCS.


link: https://www.wattpad.com/myworks/136279983-wonderwall-sirius-black

DESCRIPTION
won-der-wall. adjective

《 Someone you find yourself thinking about all the time, the person you are completely infatuated with 》

Irwyn Zaylee Reese is a pureblood witch from Ilvermorny School of Witchcraft and Wizardy in America. During her fifth year, she move to Hogwarts when her parents decided to live in England. Follow her adventure in Hogwarts as she meet 4 boys who called themself the Marauders and fall in love with one of them.

"I know your secret."

"W...What secret?"

"That you madly in love with Sirius Black."

"James Potter! No, I'm not madly in love with Sirius Black!"

'Maybe a little bit. Only a little bit... A little b... Oh my gosh! I completely, madly in love with Sirius Fucking Black!'

"Yeah... Sureee... So you don't care if Sirius find a new girlfriend right?"

"Wait, what?! James Potter come back here you git!"
CHARACTERS












0 Comment(s)

My Student Teacher~ Malay Ver

POSTED ON: Sunday, January 24, 2016@ 5:01 PM | 0 comments

Im Soeun, seorang murid sekolah tinggi yang biasa.

Kris Wu,
seorang guru ‘hot' yang baru bertukar ke Starlight High School.

Tapi apa yang bakal berlaku sekiranya murid jatuh cinta kepada gurunya sendiri?

Guru popular yang dicintai hampir seluruh pelajar sekolah?


Guru yang disukai oleh rakan karibnya sendiri?

“I keep thinking of you, it’s like that for you too, right student teacher?”

Apabila keadaan menjadi terlampau rumit, siapa yang harus dipersalahkan?

Sang guru? Ataupun muridnya?

Oh my god, I love My English teacher.  I will take courage and tell him tonight. Don’t ignore me after you listen to this.

 "Listen, I won't date my own student. Keep that in mind. -Kris Wu
                                   







0 Comment(s)

My Crybaby Lover ( Sipnosis)

POSTED ON: Wednesday, June 17, 2015@ 6:07 PM | 0 comments


Description
Mereka berkawan sedari kecil.

Miku Hatsune, dia seorang gadis yang kuat, tabah dan selalu berpura-pura seperti dia tidak pernah berasa sakit ataupun disakiti.

Len Kagamine, seorang ‘crybaby’. Apa saja yang dia buat, dia perlu Miku disisinya.

Namun,

Lama kelamaan, hubungan mereka menjadi lebih daripada kawan.

Tapi,

Berapa lama Miku dapat menahan sikap manja Len?

Selepas tamat sekolah, Miku mendapat tawaran untuk menjadi seorang model. 

Impiannya sedari kecil.

Dan satu-satunya peluang untuk meninggalkan Len.

Bagi Miku, inilah satu-satunya cara untuk Len belajar menjadi dewasa tanpa dirinya. Belajar menjadi lelaki yang sebenar selain daripada menjadi seorang ‘crybaby’.

Selepas 3 tahun, Miku kembali semula. Namun, Len yang dikenalinya sudah berubah 360 darjah. Menjadi lelaki sebenar dan mempunyai kekasih baharu?!

Themes
Romance, slightly angst

Characters

Hatsune Miku, Kagamine Len, Kaito Shion, Kagamine Rin
Read more »

0 Comment(s)

Bila Penawan Jatuh Cinta

POSTED ON: @ 4:01 PM | 0 comments




Sipnosis


Di Starlight High School terdapat satu kumpulan  yang terdiri dari 3 orang jejaka. 
Mereka diibaratkan seperti seorang putera oleh pelajar-pelajar perempuan disana. Siapa tidak kenal group P3, singkatan daripada nama Prince Three yang telah diberi oleh kelab peminat mereka.

Tiga orang jejaka ini hidupnya, memang seperti seorang putera. Lahir dari keluarga yang kaya raya, memiliki rupa paras yang tampan dan paling penting, merupakan ahli daripada kelab bola keranjang.

Kelab terhebat di Starlight High School kerana telah bertanding hingga ke peringkat antarabangsa. Tidak lupa juga, kelab ini ‘tersangat popular’ kerana  disertai oleh lelaki-lelaki berwajah kacak di sekolah.

Kalau semua perempuan di sekolah ingin menyertai kelab peminat P3, lain pula bagi Rima. Dia ingin menubuhkan kelab ‘haters’ bagi group tersebut. Yang semestinya hanya akan disertai oleh dirinya sebab tak ada seorang pun yang benci terhadap jejaka-jejaka tersebut termasuklah dua orang sahabat baiknya sendiri.

Janganlah sesekali gatal mulut bergosip mengenai tiga jejaka tersebut didepannya atau dia akan meletup. Bak katanya, dia alah mendengar nama mereka.

Apa yang dia benci sangat dengan P3? Jangan tanya! Dia pun tak tahu jawapannya. Yang dia tahu, memang dia benci dan selama memang P3 akan dibenci oleh nya.

Tapi macam mana kalau tetiba group P3 ni nak berbaik dengan Rima?

Oh! Memang dia sangup lari hingga ke Kutub Utara!

Tapi... Tapi...

Aura penawan dari tiga orang jejaka ini tidak dapat ditanggung olehnya! Siapa yang boleh lawan ketampanan jejaka-jejaka ini? Rima yang hati dingin ni pun boleh cair! Tertawan! Memang kalah la, K.O terus.



Final!

Rima mendengus geram. Mukanya merah, bukan sebab selsema ya tapi sebab marah terhadap dua orang rakannya. Entah macam mana dirinya ditarik untuk menonton perlawan bola keranjang pada petang itu. Memang dia tidak puas hati!

Dia bukan nya benci pada bola keranjang. Tidak sama sekali. Namun yang dibencinya ialah orang yang main bola keranjang tersebut. 3 orang jejaka yang memang menjadi ahli kelab bola keranjang sejak 2 tahun lepas. 3 orang jejaka yang di bencinya sejak tahun pertama mereka masuk ke sekolah.

Kenapa benci? Sebenarnya dia pun tiada alasan untuk membenci mereka cuma dia tak suka. Apa yang tak suka? Erm, dia tak suka kerana sering dibanding-bandingkan dengan mereka.

Rima pun tidak kurang popularnya disekolah. Jika tiga orang jejaka tersebut digelar sebagai prince, pangkat Rima lagi besar. Dia pula digelar sebagai Queen. Dan bila para peminat mula ‘ship’ dia dan para member P3 lagilah dia bengang. Queen dan prince? Apa ke peliknya!

Hatinya jadi semakin membara bila jeritan para peminat fanatik P3 menghiasi pendengaran nya. Kalau telinganya jadi tak betul lepas ni, ini semua salah Rose dan Mira. Buang tebiat apa paksa dia tengok perlawan ni? Kalau perlawan besar tak lah dia kisah sangat tapi ni cuma latihan kelab.

“Hati aku ni, dah tak dapat tahan.” Mira meletakkan tangan pada dadanya.  “Kenapa diorang tampan sangat hari ni?”

Bahu Rose digoncang.

“Jangan tanya aku! Aku tak boleh bagi jawapan. Oh, kau tengok, diorang makin kacak bila ada peluh.”

“Sexy!” Mira menjerit.

“Ya!” Rose membalas teruja.

Rima yang berdiri bersebelahan dengan mereka hampir-hampir saja muntah pelangi. Gila ke apa mereka ni?

“Rima, kau tak rasa diorang ni kacak ke? Muka macam mereka memang sia-sia kita tolak. Janganlah kau tengok darjat je kalau kau tunggu kau punya ‘king’ memang tak dapat lah sebab tahun ni last dia sekolah. Dapat ‘prince’ pun jadilah. Lagipun, prince ni lagi muda, lagi kacak, lagi kaya.” Ujar Rose.

Kalau korang nak tahu, gelaran ‘king’ dan ‘queen’ akan diberikan kepada salah seorang pelajar dan group yang terdiri daripada para senior pada tahun terakhir manakala gelaran ‘prince’ dan ‘princess’ pula diberikan pada pelajar tahun kedua.

Dan hati nya yang mula nak reda panas balik bila sahabat sendiri memuji P3 dihadapannya.

“Tak! Aku tak rasa diorang di handsome, kacak, or tampan. Tak langsung! Dan siapa cakap aku tengah tunggu ‘king’?! Siapa?! Dan aku jugak dah pesan jangan sesekali cakap pasal P3 depan aku! Aku tak suka!” Jeritan Rima berjaya men ‘senyap’kan jeritan para peminat yang tadi terkinja-kinja memberikan sokogan kepada P3. Semua mata memandang Rima dengan pandangan bercahaya.

10 saat keadaan menjadi senyap. Namun tak bertahan lama apabila peminat dah kembali pada zon normal. Para peminat ‘Queen’ dan ‘Prince’ mula berbisik-bisik

“Bukan ke tu Rima?”

“Kenapa Queen datang sini?”

“Eh?! Queen bukan benci dengan Prince ke?”

“Tak sangka Queen sanggup turun padang harini.”

Untuk maklumat semua, bukan turun padang tapi lebih kepada paksaan dan ugutan.

Manakala pemain di gelanggang pula berhenti bermain apabila merasa aura yang agak pelik di seat penonton. Yalah, takkan tak pelik bila tadi punya lah bising tapi sekarang...

Nagi mendongak kepala dan perkara pertama yang dia nampak ialah...

“Queen?”

P3 memandang satu sama lain. Oh, biar betul? Betul ke tu Rima? Rima tengok diorang main? Kalau dinosaur hidup balik pun tak semestinya mereka percaya. Something yang tak akan berlaku! Never! Tapi kalau betul, balik nanti memang mereka heboh kan dalam fanpage mereka! Itu semestinya.

Bukannya mereka tidak tahu bahawa ‘Queen’ yang satu itu anti pada mereka. Apalah dosa yang mereka buat pada queen tersebut?

“Aku nak balik!” Rima menjeling sahabatnya. Badan dipusingkan. Pintu keluar di tuju. Sebelum keluar matanya sempat membuat ‘eye contact’ dengan ketua P3, Nagi. Rima tersenyum sinis.

“Baiklah, baiklah semua! Mari kita end kan drama ni. Sorry menganggu korang! Kami minta maaf bagi pihak Rima. Baiklah kami balik dulu.” Rose dan Mira tergesa-gesa mencapai beg mereka. Selepas beg disandang, kaki mereka memecut untuk mengejar Rima.

Perkara pertama yang wajib mereka lakukan... Minta maaf. Atau Rima tidak akan bersembang dengan mereka untuk satu hari.

-

Telefon ditangan hampir-hampir pecah berderai kerana dari tadi telefon tersebut 
digenggem kuat. Kesian, apalah salah telefon tersebut. Yang salahnya bukanlah telefon tapi gerangan yang meng ‘post’ artikel mengenai ‘Queen turun padang menonton latihan kelab bola keranjang’ pada fanpage P3.

Menyesal sungguh dia membuka fanpage tersebut. Dahlah terpaksa tengok benda yang memalukan bagi dirinya malah dia menaikkan kadar pageview pada fanpage tersebut.

“Tak nak hidup lama ke apa budak tiga orang tu? Suka buat aku bengang!”

Pagi yang sepatutnya ceria bertukar mendung. Siap dengan petir berdentam dentum. Pergh, memang tak bagus untuk memulakan hari. Jadi, para pembaca jangan lah jadi seperti Rima.

Tiba-tiba, jalannya dihalang. Rima bengang. Dalam kamus hidupnya memang dipenuhi dengan perasaan  panas membara, bengang, meluat dan benci. Queen apa lah macam ni?

Perasaan bengang bertukar menjadi meluat bila melihat gerangan yang telah merosakkan mood nya pada pagi hari.

“Apa korang nak?”

“Kami nak tanya something.” Nagi mewakili yang member yang lain berkata.

“Sorry. Aku tak ada masa. 3 minit lagi kelas nak mula.” Sambil berkata tangan diangkat untuk menunjukkan jam.

“Tapi...”

“Takde tapi, tapi. Sana sikit.” Badan Roy ditolak ketepi. Sipi-sipi lagi je nak terlanggar tong sampah.

“Berlanggak nya!” Daiki mencebik.

Nagi menepuk bahu Daiki. “Sabar, dia senior.”

“Yalah...”

“Kau ok?” Nagi mengalihkan pandangannya pada Roy.

“Ok. Nasib baik tak terlanggar tong sampah ni kalau tak memang malu lah aku.” Roy menggeleng-geleng kan kepalanya. Tak sanggup membayangkan apa akan terjadi kalau dirinya yang kacak ni terlanggar tong sampah tersebut.

“Rehat nanti kita try lagi. Jom masuk kelas dulu.”

-

Mata Rima membulat bila P3 meletakkan dulang makanan pada mejanya. Bukan dia sahaja yang tidak percaya, dua orang rakannya juga sedang terbeliak mata manakala murid-murid yang lain terngaga tidak percaya. Keajaiban apakah ini?

“Boleh tak kami rehat sekali dengan queen?” Kali ini Daiki pula yang menanya.

Belum sempat Rima menjawab Mira sudah memotong. “Boleh! Dah tentu boleh! Kan Rima?”

Rima yang tak sanggup melihat kawannya kecewa, menggangguk perlahan. “Duduklah.”

“Terima kasih...”

Mereka mengambil kerusi berdepan dengan tiga orang senior mereka. Keadaan menjadi janggal.

“Erm... kami ada sesuatu nak bincang dengan queen.”

Rima berdiri sambil memegang dulang makanan. “Aku dah habis makan. Nak singgah library dulu.”

P3 mengeluh. ‘Mission fail! Again…’

-

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat. Rima menunggu semua murid di kelasnya keluar baru lah dia bangun dan menyusun barang-barangnya.
Rose dan Mira telah lama pulang kerana terpaksa bekerja part time selepas sekolah. 

Jadi, memang menjadi kebiasaan untuknya pulang seorang diri.

Dia berjalan ke arah loker. Hampir kesemua pelajar telah pun pulang. Buku disimpan kembali. Dia menutup pintu loker dan berpaling. Hampir saja dia menjerit bila mendapati ada sesuatu yang berada di belakangnya.

“Ish, apa yang korang nak ni?!” Rima menanya dengan nada geram.

“Kami nak tanya queen sesuatu.”

“Tak nak. Aku nak balik!”

“Kalau queen tak jawab soalan kami selagi tu kami akan ganggu queen.” Roy berkata dengan semangatnya. Kalau hari-hari ganggu Queen pun dia tak kisah, dah lah Queen cantik. Boleh terkena sawan angau.

“Yalah... tanyalah.” Rima mengalah.

“Sebab apa queen benci kami?”

“Sebab aku tak sukalah!” Rima sedikit rimas kerana dari pagi tadi P3 asyik mengekorinya. Diorang ni apa? Stalker?

“Woah, dia garanglah Nagi.” Daiki mengusik.

Rima mengetap bibir. “Straight to the point, apa yang sebenarnya korang nak?”

Nagi selaku ketua kepada group P3 berkata. “Kami nak berbaik dengan Queen sebab tahun ni last year queen dekat sekolah ni. So...”

Rima terngaga. Kepala digeleng-gelengkan. “Korang ni kenapa? Dah tak waras agaknya?”

“Betul lah! Kami nak berbaik dengan queen!”

“Tak… Nak!” Tangan disilangkan. Mata tajam merenung P3 yang berada di depannya.

“Kami tak akan putus asa!”

“Suka hati korang lah!”

Kakinya laju melangkah keluar cuba untuk mengelakkan diri dari tiga jejaka tersebut.

-

Rambut ikal nya di lap dengan tuala. Dia menggigil kesejukkan. Nasib dialah sebab terpaksa mandi pada waktu malam tambah dengan pemanas air yang telah rosok. Memang nasib dia tidak bagus harini. Sejak pergi ke sekolah sampailah balik ke rumah.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Unknown number? Siapa pulak? Rose tukar nombor baru ke?” Panggilan dijawab.

“Hye queen…”

Rima menggaru kepala. ‘Siapa pulak ni?’

“Siapa ni?” Dia menanya orang dipanggilan sebelah.

“Saya lah.”

Rima menongkol geram. “Saya tu siapa?! Saya tak ada masa lah nak main-main ni!”

Bunyi ketawa kedegaran. “Garangnya queen kita ni. Saya ni Nagi.”

“Kenapa telefon? Macam mana dapat nombor saya?” Rima mula bersyak wasangka. 
‘Stalker ke?’

“Jangan risau. Saya tak stalk queen. Saya ni baik orang nya. Kawan queen yang bagi 
nombor ni.” Hidung mula kembang kempis. Ceit, puji diri sendiri pula.

Dush! Rasa macam kena baling dengan batu. Tepat pada sasaran. “Bi… Bila masa pulak aku cakap kau stalk aku. Aku ni tak perasan macam kau lah.” Perasaan malu mula menyerang. “A…pa kau nak?”

“Saja. Nak dengar suara queen.” Nagi tersenyum.

Muka Rima memerah. ‘Buaya. Penawan kelas atasan. Jangan harap nak aku jatuh pada kau.’

“Jangan nak ma…”

Ayat Rima dipotong. “Saya tak main-main. Kami semua memang nak berbaik dengan queen. Tolong lah bagi kami peluang. Please…” Bila taktik biasa tidak berkesan. Dia mengeluarkan taktik yang dapat menarik perhatian semua wanita.

“…”

“Queen?” Nagi memanggil.

“Saya nak tidur.”

Nagi mengeluh. “Baiklah. Selamat malam queen. Mimpi indah.”

“Ya, ya… selamat malam.”

Panggilan dimatikan.

“Gila! Memang gila! Apa dah jadi dengan aku?! Kenapa semua ni berlaku?! Ah! 
Malunya!” Bantal ditekup pada muka. Badan digolek-golek atas katil.

“Tak boleh jadi. Kalau terus macam ni aku tak akan dapat tahan. Aku kena elakkan diri daripada diorang!” Rima bertekad.

_

Mira dan Rose memandang pelik. Rima dari tadi asyik kehulu kehilir di depan mereka. Sekali tengok, kelihatan seperti orang yang mempunyai masalah besar, dua kali tengok macam isteri kehilangan suami, tiga kali tengok?! Ish... ish… ish… dah macam orang kurang siuman pun ada jugak.

“Kau ada masalah Negara apa sebenarnya ni?” Rose menanya.

“Masalah aku lagi besar dari masalah Negara kau tau tak?!” Hampir-hampir saja dia menjerit.

Rose menggeleng. “Besar sangat tu…”

“Kenapa? Nagi bawak rombongan meminang ke?” Serkap jarang Mira membuat Rima hampir hilang arah.

Rose dan Mira terkejut. “Biar betik?!”

“Bukanlah! Bengong ke apa?!” Kalau ikutkan hati nak je dua-dua ekor kepala kawannya ini diketuk.

“Lepastu? Cuba explain dekat kami secara terperinci. Barulah kami tahu masalah kau yang lagi besar daripada masalah Negara tu.”

“Sebenarnya…”

Rima berhenti bercakap apabila mendengar jeritan para pelajar perempuan di sekolahnya. Itu petanda bahawa P3 telah pun tiba ke sekolah. ‘Alamak… masalah… macam mana ni? Aku kena menyorok.’

Kawan-kawannya juga mula hilang perhatian akan pekara penting yang ingin diperkatakan oleh Rima.

“Babe… muka aku okay tak?” Rose sibuk mengeluarkan cermin daripada poketnya.

“Tak… kau kena tambah bedak lagi.” Mira membalas. “Muka aku macam mana?”

“Okay dah…”

“Diorang datang sinilah…” Mira berkata teruja.

“Omg…” Rose ber ’squealing’ dengan tahap keterujaan yang tak mampu diukur dengan skala metre.

“Hye…” Daiki menegur.

“Hye…” Rose membalas teguran tersebut sambil membetulkan rambutnya. Dia tersenyum gembira.

“Rima ada?” Nagi menanya.

“Ada…” Rose dan Mira mengalihkan padangan ke sebelah kiri, tempat di mana Rima duduk. “Erm… tadi.”

Mira menggaru kepalanya. Tanda keliru ke manakah hilang kelibat kawan mereka.

“Oh… Takpelah.” Nagi mengangguk kepala tanda faham akan reaksi kawan-kawan 
Rima. “Terima kasih… kami pergi dulu.”

P3 melambai pada mereka sebelum menghilangkan diri.

“Ahhhh… Omg… Happy nya!” Rose dan Mira berpelukan sambil terlompat-lompat.

“Tapikan… mana Rima? Eloknya dia hilang…” Mira menanya dengan perasaan penuh sangsi.
_

“Huh…” Rima mengelap peluh di dahi. Dia duduk mencangkung di bawah tangga menuju ke tingkat 2.

“Nasib baik sempat… Nasib baik diorang tak perasan… Nasib baik gila.” Rima cuba untuk mengawal pernafasan nya yang jadi tunggang langgang akibat berlari seperti Usain Bolt tadi. Ni semua gara-gara hendak melarikan diri dari group P3. Dia seperti menjadi seorang perlarian yang dikehendaki.

Okay… Perkataan ‘perlarian’ itu amat tidak sesuai untuk dirinya yang digelar ‘Queen’. Mari kita gantikan perkataan ‘perlarian’ kepasa ‘sasaeng fan’. So, dia diibaratkan seperti melarikan diri daripada sasaeng fan yang sangat kejam! Okay baru betul.

Akhirnya loceng sekolah berbunyi tanda waktu persekolahan telah bermula. Rima bangun dan membetulkan skirtnya. Belum sempat dia melangkah kelaur dari tempat persembunyiannya, seseorang menegur.

“Yo queen… Buat apa dekat sini?” Roy menjegukkan kepalanya di bawah tangga. “Main nyorok-nyorok ke?”

Rima terngaga. Adakah? Adakah? Adakah mereka mengekorinya hingga ke sini? Omg! Ni lagi teruk daripada di kejar oleh sasaeng fan!

Badan Roy ditolak ke tepi. Rima membebaskan dirinya. Sebelum melarikan diri, lagi… (Walaupun badannya telah penat dan memberi signal yang dia akan pengsan jika menyambung perlarian.)  

Namun begitu, senyuman yang diberikan oleh Nagi kepadanya membuatkan muka Rima memerah dan jantungnya berdegup laju. Pantas saja kakinya melarikan diri daripada tiga jejaka tersebut. Mungkin hari ini dia betul-betul akan menjadi perlarian, walaupun dia sebenarnya boleh menyelesaikan masalah ini tanpa berlari. Dimana dia tidak mahu sebab dia terpaksa melihat muka Nagi yang mampu membuat dia terkena serangan jantung (lebih kepada serangan cinta) dan kencing manis (sebab muka Nagi sangat sweet bak kata hatinya).

_

“Rima… jom pergi rehat.” Rose berpaling ke belakang. Tapi hanya dapat melihat kelibat Rima yang telah berlari ke luar kelas tanpa memandangnya walau sesaat pun.

“Yo mana Rima pergi?” Mira berjalan ke arahnya.

Rose mengangkat bahu. “Entah… Ladies maybe?”

“Oh…” Mira menganguk. “Tapi nampak macam tak je…”

Rose pandang Mira lalu mengeluh. Musnah harapan untuk rehat bersama P3 harini. 

“So kita dua jelah? Jom lah pergi nanti penuh pulak tempat duduk.”

“Yalah jom.”
_

Rima membuka pintu untuk ke bumbung sekolahnya. Satu-satunya kawasan yang tidak akan dijejaki oleh pelajar kecuali pelajar yang bermasalah. Rima juga boleh dikatakan sebagai pelajar yang bermasalah pada masa sekarang, walaupun masalahnya bukanlah masalah disiplin.

“Akhirnya! Bebas! I’m free!” Dia menjerit gembira. Kalau boleh dia nak melompat tinggi-tinggi dan berguling-guling di atas lantai simen di rooftop ini tapi akal warasnya masih menghalang niat dihatinya sebab dia queen yang sangat menjaga imej diri.

“Ish… Ish… Ish…”

Lantas kepalanya berpaling ke sebelah kanan, punca daripada suara yang didengarinya. Dia terngaga, matanya terbeliak. Adakah ini betul? Atau dia senang berimaginasi?
P3 sedang duduk disitu sambil menikmati makanan mereka? Erm, tu tak pelik tapi yang peliknya… mereka sedang makan beralaskan lapik berenda berwarna pink. Sebuah teko teh yang diukir cantik sedang berada ditengah-tengah dan mereka sedang menikmati sarapan gaya Inggeris dengan roti croissant, scrabble egg, pancake dan bermacam hidangan sampingan yang sangat mengliurkan.

Sekejap! Otak waras Rima berfikir. ‘Ini majlis minum diraja atau apa? Dan kenapa 3 orang jejaka paling hot disekolah makan berlapikkan alas bewarna pink dan paling penting berenda? Setakat ini, dia belum pun pernah melihat ‘princess’ di sekolah mereka mengadakan jamuan makan yang mashyur seperti ini. Wow! Prince telah pun mengatasi princess mereka!’

“Gila! Aku mesti sangat stress sampai berimaginasi yang bukan-bukan.” Rima memejamkan matanya. Dan bila dia buka matanya, wajah Nagi betul-betul sedang berada dihadapannya.

“Argh!!! Pergi sana! Perv! Apa kau nak buat hah?” Kepala Nagi dipukul bertalu-talu. Rasakan!

“Yah! Dahlah! Sakitlah! Adoi…” Nagi menggosok kepalanya. Dua orang sahabatnya tergelak besar melihat telatah mereka berdua. “Kau nak bunuh aku ke?”

“Bagus jugak kalau kau mati… aman hidup aku.” Rima tersenyum sinis.

Muka Nagi mula berubah. “Oh? Yeke?” Sahabatnya dipanggil berdiri. Mereka bertiga mengepung Rima.

“Apa korang nak buat?” Rima menapak selangkah ke belakang manakala Nagi mendekatkan dirinya dengan Rima.

“Apa kitorang nak?” Nagi menanya dengan suara mengejek.

Roy dan Daiki ketawa.

Rima memandang mereka dengan wajah ketakutan. Kakinya tetap dilangkah ke belakang sehingga badannya sudah berlanggaran dengan dinding. ‘Alamak!’

Nagi tersenyum sinis. Tangannya diletakkan di dinding seraya mengepung Rima ditengah-tengah. Mukanya didekatkan.

“Ja… jangan dekat! Aku tahu aikido!” Rima berkata dengan suara yang bergetar.

P3 ketawa kuat. Tak sangka queen yang garang ni pun tahu takut.

“Kenapa ko… korang gelak?” Rima masih blur.

“Aku gurau je tapi tak sangka dapat reaction macam ni. Guys jom blah.”

“And…kenapa aku rasa kau macam suka dekat aku je?” Nagi berbisik di telinga Rima.

“Kami memang betul-betul nak berbaik… tapi kalau tuannya sendiri belagak dan taknak, buat apa kami terhegeh-hegeh bukan? Jadi, jangan risau kami tak akan kacau queen lagi. Semoga hidup queen kembali seperti dahulu. Selamat tinggal.” P3 memberikan tunduk hormat dan segera meninggalkan rooftop dan Rima keseorangan.
Rima dapat rasakan kakinya lembik. Akhirnya, dia jatuh terduduk. Dadanya dipegang, dia dapat rasakan bahawa jantungnya masih berdegup dengan laju tapi selain itu… dia juga dapat rasakan ada ruang kosong didadanya.

Ayat yang diutarkan oleh Nagi berniang di mindanya. ‘Kenapa aku rasa kau macam suka dekat aku je?’

“Betul ke? Kenapa aku rasa macam ni? Tak, aku benci diorang dan aku paling benci pada Nagi. Sekurang-kurangnya, mereka tak akan kacau aku lagi.” Rima menghempuskan nafasnya.

_

Seminggu berlalu, namun sepanjang seminggu itu Rima dan P3 tidak pernah bersua muka, bersembang, mahupun bergaduh. Jika seseorang bercakap mengenai P3 dihadapan Rima pun, dia tidak akan melenting. Jiwanya seakan kosong dan dia tidak kelihatan seceria selalu.

“Rima, kau okey ke?” Mira memberanikan diri menanya.

“Aku pun tak tahu.”

“Weyh, janganlah macam ni. Kami pun rasa takde semangat tengok kau macam ni.” 
Rose bercakap.

“Aku ada masalah yang aku sendiri tak ada jawapannya. Aku tak faham diri aku sendiri. Aku rasa macam orang yang paling bodoh di dalam dunia ni. Aku rasa macam nak jerit sepuas-puasnya. Aku rasa yang air mata aku boleh keluar bila-bila masa je.” Rima menunduk kan pandangannya ke bawah. Dia betul-betul tak faham akan dirinya sekarang.

“Dahlah… Jangan macam ni. Apa kata kau kongsi masalah kau dengan kami. Tak syok lah tengok Rima yang dulunya gila-gila jadi macam ni.” Rose dan Mira memeluk Rima. Cuba untuk meyakinkan bahawa mereka sentiasa ada untuk mendengar luahan hati Rima.

“Aku…”
_

Rose dan Mira melihat sekeliling. Bila target mereka sudah kelihatan mereka bersiap sedia untuk menyerang. Bukanlah menyerang betul-betul ya.

“Yo…” Rose dan Mira munculkan diri dihadapan Roy dan Daiki. Rose menghalang jalan mereka berdua dengan meletakkan kakinya pada dinding dan badannya disandarkan pada dinding bersebelahan. Memang ada gaya nak jadi samseng.

“Erm… Hye?” Roy dan Daiki membalas dengan pandangan pelik.

“Maaflah kalau gaya kami agak kurang sopan tapi kami nak korang berdua untuk tolong kami buat sesuatu.” Muka serius dipamerkan, perangai gedik-gedik dah di buang ke dalam sungai. Mereka tiada masa untuk bermain-main sekarang.

“Apa?” Daiki menanya. Masih kurang pasti.

“Kami. Nak. Korang. Tolong. Kami. Buat. Sesuatu. Penting.” Mira bercakap satu-satu.

“Kami tak pasti apa yang kami dapat tolong sebenarnya sebab kami…”

“Kami cakap ni penting! Nak tak nak korang tetap kena tolong kami!” Suara Rose meninggi membuatkan dua orang members P3 tersebut hampir tercabut lutut.

“A…apa yang kami boleh tolong?”

“Kami nak korang tolong kami…”

_

“Nagi…” Roy menegur.

“Kenapa?” Nagi mengangkat mukanya daripada membaca buku.

“Kau tetap akan teruskan macam ni ke?”

Nagi memandang pelik sebelum mengangguk kepalanya. “Ya… kenapa kau tanya?”

“Aku nampak cara kau macam tak berkesan. Dah seminggu dah, hubungan korang bukan makin rapat tapi makin renggang.”

“Kau tunggu jelah…” Nagi malas untuk menjawab soalannya lagi.

“Sebenarnya, Daiki…” Roy serba salah untuk bercakap.

“Kenapa dengan Daiki?”

“Kau kena janji kalau aku cakap ni, kau tak terus melenting dan mengamuk.”

“Ish! Kenapa dengan kau ni… Yalah, kau cakap jelah.”

“Daiki cakap pada aku yang dia sebenarnya suka pada Rima. Dia nak berterus-terang dengan Rima harini. Daiki kata cara kau untuk pikat Rima keanak-anakan dan sebab hubungan kau dengan Rima dah renggang, dia akan ambik kesempatan ni untuk pikat hati Rima. Daiki dah khianati kau dan aku. Sebagai kawan kau, aku nak kau jadi lelaki yang sebenar dan bukannya pengecut. Kalau kau betul-betul sukakan Rima, berterus-terang dan jangan main permainan yang hanya sakitkan hati sendiri. Kau kena cepat sebelum Daiki dapatkan Rima. Aku dapat rasakan dia betul-betul serius dan bertekad untuk dapatkan Rima sampai mengkhianati kita, sahabatnya sedari kecil sendiri.”

Pen ditangan Nagi jatuh. Mukanya kelihatan risau. Dia gelisah. “Kenapa? Kenapa Daiki sanggup buat macam ni?”

“Kau kena tahu manusia tak setia pada yang satu. Hati mereka berubah-ubah sebab itu kau kena cepat sebelum hati Rima berubah pada orang lain. Orang yang lebih memahaminya.”

“Dekat mana? Mereka ada dekat mana?!”

“Daiki kata dia akan dekat teman bersebelahan auditroim.”

Nagi mengambil blazer nya dan berlari meninggalkan Roy yang sedang menahan senyuman.
_

“Queen…” Daiki menegur.

Rima terkejut. Dia melihat belakang, mencari-cari bayangan Nagi tapi hampa.

“Maaflah… saya seorang saja. Nagi tak ada dengan saya.”

Muka Rima merah. “Bila masa aku cari dia. Nak apa?”

“Boleh tak kalau kita cakap secara private. Saya tak rasa sini tempat yang sesuai sebab ada ramai murid lalu lalang. Saya takut mereka sebarkan gossip bukan-bukan nanti.”

“Hmm… dekat mana?”

“Ikut saya.”

Daiki membawa Rima ke taman.

“Sebenarnya… saya ada sesuatu saya nak cakap dengan queen. Saya betul-betul harap queen sudi dengar apa yang saya nak cakap.”

Rima ketawa kecil untuk menghilangkan kekok. “Kenapa serius sangat?”

“Saya sukakan Queen.”

Rima terngaga. “Apa?”

“Saya sukakan Queen. Sangat suka.”

“Tapi… saya… awak… kita… err…” Rima kehilangan kata.

“Kenapa? Queen tak boleh terima saya ke?”

“Bukan! Bukan macam tu tapi…”

“Kalau macam tu tak ada masalah kan? Saya betul-betul sukakan queen.”

“Tak saya minta maaf tapi saya tak ada perasaan pada awak.”

Tangan Rima direntap. Daiki memandang Rima dengan pandangan yang tajam. “Kenapa? Sebab Nagi ke? Sebab queen sukakan Nagi? Sebab tu ke queen tolak saya? Manusia macam dia tak mampu bahagiakan queen. Saya betul-betul sukakan queen. Bukan suka, saya cintakan queen. Kenapa?!” Genggaman dieratkan.

“Lepaskan saya! Saya cakap lepaskan!” Rima menjerit.

“Tak akan! Saya tak akan lepaskan. Kalau saya lepaskan, queen akan pergi pada Nagi! Saya tak suka! Saya meluat!”

Tiba-tiba satu tumbukan hinggap pada muka Daiki . Nagi sedang berdiri dihadapannya.

“Cukup! Apa kena dengan kau Daiki?!” Nagi menanya.

“Aku?” Daiki ketawa. “Bukan aku! Ni semua salah kau. Rima tak suka pada aku semuanya salah kau! Aku benci kau! Benci! Pergi dari sini. Jangan kacau urusan aku.”

“Tak akan! Aku tak akan tinggalkan Rima dengan kau. Kalau kau…”

Satu tumbukan hinggap di muka Nagi. Daiki tersenyum puas. Kemudian, satu tumbukan dilepaskan lagi. Nagi berang, darah dimulutnya dilap dengan tangan. Tangan kanannya dilepaskan diudara tapi tidak kena pada sasaran. Bila dia melihat ada peluang, kakinya ditendang membuatkan Sungjong jatuh terjelupuk.

“Kau dah kalah… jadi kau boleh pergi dari sini.” Nagi berkata dengan nada dingin.

“Bagi Rima pada aku! Kau bukannya suka pada dia. Kau tak pernah jaga perasaan dia. Kau tak layak!” Daiki menjerit dengan amarah.

“Kau tak berhak untuk bercakap macam tu. Kau tak faham diri aku. Aku lakukan semua ni sebab aku betul-betul cintakan Rima. Aku taknak terburu-buru sebab aku takut semuanya tak berjalan dengan lancar tapi kau…”

“Nagi…” Rima berkata perlahan. “Awak…”

Nagi berpaling melihat Rima. “Queen… saya…”

“Kenapa?” Air mata Rima mula jatuh.

“Saya minta maaf… Saya tak tahu apa yang saya patut lakukan. Queen bencikan kami jadi saya fikir ni je satunya jalan untuk kita boleh bercakap dan bersua muka… Saya minta maaf.”

“Idiot!” Rima memukul dada Nagi. Air matanya yang mengalir semakin laju dikesatoleh Nagi. “Awak buat saya hampir gila selama satu minggu ni dan awak hanya cakap minta maaf?! Idiot Nagi!  Saya… saya benci Nagi tapi sejak awak jauhkan diri dari saya, saya rasa kehilangan sesuatu dan saya tahu apa yang saya hilang. Iaitu awak… Nagihiko… Saya suka awak.”

Nagi ketawa kecil. Rima dipeluk erat. “Erm... Saya jugak. Saya sangat sangat cintakan queen.”

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara tepukan.

“Wah! Sweetnya… Macam tengok drama kat wayang.” Mira berkata teruja.

“Saya suka awak… Saya jugak… Saya cintakan awak.” Rose meniru mimik suara mereka berdua.

“Bila? Kenapa korang ada dekat sini?”

“Since the beginning of the story. We been spying.” Mira berkata dengan bangga.
“Pergh! Smart giler kau berlakon beb!” Roy menepuk-nepuk bahu Daiki.

Daiki bangga. “Well… you know me.”

“Huh?” Nagi dan Rima memandang satu sama lain. “Jangan cakap…”

“Hee…” Keempat sahabat itu tersenggih sambil menunjukkan symbol peace.

“Tak guna betul!” Rima bengang.

“Tapi sekurang-kurangnya kami membantu… kalau tak ada kami, takde nya korang ber’Lovey-dovey’ dekat sini. Ni berkat usaha kami okay! Korang dua ni… kena belanja kami makan nanti.” Mira berkata sambil mecebik. Hek eleh… orang tolong bising pula.

“Yalah…” Rima berkata.

“Dahlah… Tinggalkan new couple ni dekat sini. Jom bawa si Daiki ni kat bilik rawatan dulu. Bengkak-bengkak muka dia. Kau memang lepaskan geram eh Nagi?” Rose menanya.

Nagi menggaru kepala. “Sorry ler… manalah tahu korang berlakon.”

Daiki mencebik. “Blah lah! Aku merajuk dengan kau. Kalau nak pujuk aku belikan ps4 dgn 6 game. Baru aku maafkan.”

Nagi tersenggih.

Mereka berempat meninggalkan mereka.

“Jadi?” Nagi menanya.

“Jadi apa?” Rima buat-buat tak tahu.

“Jadi apa seterusnya? Takde kiss ke?” Nagi mengusik.

“Dengan muka dan bibir pecah-pecah dan berdarah macamtu ada hati nak kiss?”

“Tak boleh ke?”

“No way!”

“Ala…”

“Tapi yang ni boleh. Pejam mata..”

Nagi memejamkan matanya.

Rima mendekatkan mukanya lalu dahi Nagi dicium.

“Tu je?”

“Tu jelah… Tak boleh lebih.” Rima ketawa kecil melihat wajah kecewa Nagi. “Dahlah jom pergi bilik rawatan. Nanti lagi teruk muka tu, saya minta break.”

“Kejamnya! Sampai hati!” Nagi merungut.

“Apa-apa sajalah…” Rima berjalan mendahului Nagi.

“Sabarlah queen!” Nagi mengerjar. Tangannya disilangkan dengan Rima. Kepalanya pula disandarkan pada bahu Rima.

“Tak boleh jalan lah.”

“Erm… taknak lepas tangan queen.”

“Panggil Rima jelah…”

“Tak nak… Saya still nak panggil queen cause this is memories.”

“Hmm… gediknya. Apa-apa jelah.” Rima ketawa kecil. “Akhirnya, saya dah tertawan dengan orang yang paling saya tak suka.”

“Well… Saya kan penawan kelas atasan sesiapa pun mesti jatuh suka.” Ujar Nagi dengan muka bangga.

“Perasan! Dah nama pun penawan kan tapi jangan menggada nak tawan hati orang lain. Kerat 18 nanti.”

“Amboi… protectivenya. Jangan risau penawan kelas atasan ni pun sebenarnya dah tertawan. Siap kena gari lagi. Tak boleh pergi mana-mana dah. 24/7 hati dia ada dekat queen yang disayangi.” Nagi tersenggih gatal.

“Amboi manisnya ayat… Kalau hari-hari kena gula macam ni boleh terkena diabetes. Susah jugak ek couple dengan seorang penawan ni.”

Rima dan Nagi sama-sama ketawa.

Kenapa queen yang sangat keras hati akhirnya jatuh cinta dengan orang paling tidak disukainya?

Senang saja jawapannya… “Sebab dia penawan dan buat aku tertawan.”


THE END

__________________

Hye semua! Hope korang semua sihat belaka2... dan terima kasih sbb sudi singgah blog ni. Dan saya tak tahu kenapa tp saya rasa cerpen ni terlampau fluff yg mmg nya pelik sbb saya x reti sangat tulis genre fluff ni. Tp saya seronok giler sbb saya dpt pun hbs kan cerpen niii... Sebenarnya, cerpen ni saya dh post dkt AsianFanfics. Dh lama pun. Sbb saya lmbt post dekat sini, saya kena edit balik nama characters dan saya touch up yang saya rasa kurang seronok, walaupun tak banyak.

Jadi korang yang nak baca cerpen ni dalam Kpop Ver... bleh baca dekat sini:

Bila Penawan Jatuh Cinta Kpop Ver

And yeayyy! Esok dh puasa! Sapa happy??? And bila cakap pasal puasa, PT3 pun dh nak dekat... Trial lepas raya. And time puasa, ada pelbagai instrumen untuk geo  & sj kena buat. Ergh!!! Busy2...

So guys, doakan saya untuk dpt keputusan yg baik dalam PT3 dan saya akan cuba buat yang terbaik jugak! Hwaiting!


_______________________


Poster made by MizzYukiko from YuNick Designs at AsianFanfic.Check out her shop and her story..._____________________________

Okay then guys, bye2
Dan Selamat Berpuasa




0 Comment(s)
? Older / ? back up ?
OHAYO! Suki Desu ?