A

Shugo Chara - Ran's Egg
When A New Novelist Born

I'm In Love with the Jo Twins {One shot}

POSTED ON: Friday, November 21, 2014@ 10:55 AM | 0 comments


FINAL!


Description

Kami tetap satu walau apapun yang terjadi.
Tak ada sesiapa yang cuba memahami diri kami.
Tak ada sesiapa yang dapat bezakan kami tapi dia lain.
Dia lah yang menolong kami untuk membuka kepompong yang menyeliputi diri kami.
Dia berbeza daripada yang lain...
Sangat berbeza...

CHARACTERS
Oh Hani
Jo Twins
Jo Twins 6 Tahun
“Kwangmin, tengok tu... Budak perempuan tu dah ada dekat sini.”
Kwangmin menghalakan pandangannya ke arah yang ditunjuk. Seorang budak perempuan memakai gaun separas lutut sedang berdiri dibawah sebatang pokok sakura yang sedang berbunga mekar.
“Hani...” Youngmin dan Kwangmin menyapa berserta senggihan nakal.
Budak perempuan tersebut menggigil ketakutan. “Apa yang awak berdua nak?”
Youngmin ketawa kecil. Dia memandang tepat pada wajah budak perempuan yang setahun muda daripadanya itu. “Kami nak main bersama. Betul kan Kwangmin?”
Kwangmin menggangguk. “Hani tak nak main sekali ke?”
“Tak nak! Jangan lah kacau saya!”
Youngmin dan Kwangmin meletakkan jari di dagu mereka. Kemudian mereka bersuara serentak. “Macam mana dengan tidak?!”
Budak perempuan tersebut menangis dengan lebih kuat. Badannya terhinjut-hinjut menahan esakan.
“Youngmin, kita nak main apa?”
“Kita main...”
Kembar Jo tersenyum sinis. Dalam kiraan tiga, serentak mereka membaling telur yang busuk pada Hani. Mereka tertawa puas.
“Hey, kau boleh main jauh-jauh tak? Dah lah kotor, busuk pulak tu!”
“Stinky.”Youngmin ketawa.
 “Saya benci awak berdua. Saya benci sangat-sangat!” Dengan itu Hani berlari pergi daripada kembar tersebut.
“Abang, nak cari mangsa baru tak?”
Youngmin tersenyum. “Boleh juga.”
***
Jo Youngmin, dia lah abang dan dia jugalah kawan kepada Kwangmin. Walaupun terseksa dia cuba menjaga kwangmin dengan baik. Semampu yang dia boleh. Dia jugalah yang akan mendengar segala masalah adiknya itu. Bagi dia, Kwangmin ibarat separuh daripada dirinya. Jika tiada Kwangmin disisi, dia tidak dapat meneruskan hidupnya.
Jo Kwangmin, dia troublemaker. Dia sering lakukan masalah. Namun, kenapa abangnya yang akan dimarahi atas segala yang dilakukan oleh dirinya? Dia benci ibu dan ayahnya namun Youngmin amat sayang akan mereka. Dia buntu...
Kami tetap dua walaupun kami ialah satu. Kami tak perlukan orang lain. Cukuplah hanya kami untuk mengisi kekosongan masing-masing.
***
Jo Twins 6 Tahun
Pn Jo memandang tajam anak pertamanya. Kalau bukan kerana Youngmin membawa Kwangmin keluar bermain, pasti Kwangmin tidak akan jatuh sakit seperti ini. Dia benci Youngmin, baginya anak sulung nya itu membawa malang pada mereka sekeluarga.
Kwangmin berdiri dihadapan pintu. Dia menangis apabila melihat wajah abangnya yang ketakutan ketika dimarahi oleh kedua orang tua mereka. Semua ini bukan salah Youngmin! Dia yang mengajak Youngmin untuk keluar bermain di taman. Tapi tak ada siapa yang percaya katanya.
Tuan Jo mengambil tali pinggang yang tersangkut di belakang pintu. Dengan sekuat hati dia melibas Youngmin tanpa seberang belas kasihan. 1 libasan... 2 libasan... 3 libasan... 4 libasan... 5 libasan... Dan Youngmin rebah.
Kwangmin berlari masuk ke dalam bilik. Dia tak sanggup mendengar jeritan abangnya. Dia tak sanggup... Dia tak kuat... Ibu dan ayah nya memang kejam! Dia tak akan sesekali sayang pada mereka.
9 malam
Kwangmin melangkah perlahan ke dalam bilik abangnya. Dia mengoncang tubuh abangnya. Youngmin mengerang perlahan. Melihat kesakitan yang terpancar pada wajah abangnya buatkan dia rasa bersalah. Air matanya mula menitik jatuh.
“Kwangmin?” Youngmin sedaya upaya bangun untuk menghadap adiknya.
“Abang... Sakit.” Kwangmin menyentuh tempat yang dilibas oleh ayahnya tapi pada badan sediri. Mereka ialah satu. Kesakitan mereka di kongsi bersama.
Wajah Youngmin berubah. “Adik rasa jugak?”
Kwangmin menggangguk. “Tapi adik tahu, abang mesti lagi sakit kan? Kwangmin minta maaf.”
Youngmin menarik Kwangmin ke dalam dakapannya. “Kita kan satu. Gembira, sakit, dan sedih , kita rasainya bersama bukan?”
“Kwangmin benci ibu dan ayah! Kwangmin tak sayang mereka!”
“Kwangmin tak boleh cakap macam tu. Kwangmin kena tahu kalau ibu dan ayah tak ada, tak mungkin kita berdua akan lahir dan yang paling penting tak mungkin kita berdua akan bersama seperti sekarang. Kwangmin kena janji jangan cakap macam ni lagi, ok?”
Kwangmin menggangguk kepala. “Kwangmin sayang abang. Sayang sangat-sangat.”
***
Jo Twins 7 tahun
Hari ini mereka berdua akan berpindah ke Seoul. Mulai hari ini, mereka tidak akan tinggal bersama kedua ibu bapa mereka lagi dan akan tinggal serumah bersama adik kepada ayah mereka di Seoul.
“Kamu berdua dah siap?”
Kembar Jo menggangguk kepala. Di sebelah mereka terdapat beberapa buah beg yang diisi dengan baju dan barang keperluan.
“Abang, nak bagitahu Hani yang kita akan pindah?”
Youngmin menggeleng kepala.
“Dia mesti gembira sebab kita tak dapat buli dia lagi.”
“Mesti...” Youngmin ketawa kecil.
“Kwangmin, janji dengan abang yang kita akan lupakan kenangan disini. Kita mulakan hidup baru dengan hari yang lebih gembira.”
Kwangmin menggangguk kepala.“Kwangmin janji tapi abang pun kena lupakan kenangan kita dekat sini sebab abang lagi banyak terluka daripada Kwangmin.”
Air mata mereka mengalir. Youngmin dan Kwangmin berpelukan. Apa pun yang terjadi kita tetap satu.
***
Oh Hani 7 Tahun
Puan Oh mengetuk pintu bilik anak perempuannya namun tiada jawapan. Dia mengeluh perlahan. Hari ini Youngmin dan Kwangmin akan berangkat ke Seoul. Dia berharap sangat yang Hani dapat maafkan kesalahan kembar tersebut.
“Hani sayang, betul ke kamu tak nak jumpa dengan Youngmin dan Kwangmin? Mereka mesti tunggu kamu.” Pn. Jo memujuk.
Hani menggeleng kepalanya. Anak patung didakap erat. “Tak nak! Hani tak jumpa diorang! Kembar jahat!”
Pn. Jo menggeleng kepala. “Ok lah, Hani duduk rumah elok-elok. Mama nak keluar hantar mereka.”
“Kembar Jo jahat! Lepas buli orang bukan minta maaf! Lari kan diri! Penakut! Pengecut!” Hani meraung.
***
Starlight High School. 14 Tahun.
Kwangmin memandang gadis yang sedang berdiri di hadapannya. Dengan badan yang langsing dan rambut panjang berwarna perang keemasan, pasti perempuan tersebut dapat memikat sesiapa saja namun tidak bagi dia.
“Awak dah dapat surat yang saya bagi?” Gadis tersebut menanya.
Kwangmin menggangguk. Dia memandang surat yang berada di tangannya.
“Youngmin, saya...”
“Minta maaf tapi saya Kwangmin. Saya rasa awak tersalah letak surat di bawah meja saya. Tapi awak tak kisah kan kalau ianya saya? Saya rasa awak sangat comel. Nak tak jadi kekasih saya?”
Wajah gadis tersebut berubah merah. Dia menggangguk kepalanya. ‘Tak dapat abang, dapat adik pun bolehlah. Lagipun muka mereka sama tak ada beza langsung.’
Kwangmin tersenyum sinis. Dia berpaling belakang, menghadap sebatang pokok yang agak besar. “Hey Youngmin, gadis cantik ni kata dia tak kisah kalau jadi kekasih aku.”
Youngmin menapak keluar. Dia cuba tersenyum walaupun sebenarnya dia sakit. Dia benci! Kenapa tak ada seorang pun yang dapat membezakan mereka berdua? Dia yakin, Kwangmin juga benci, tapi mereka tak pernah luahkan. Mereka pendam kerana tidak mahu sakitkan satu sama lain.
“A... apa semua ni?” Suara gadis tersebut bergetar.
“Ini memang seronok! Lagipun saya benci pada gadis yang suka berpura-pura seperti awak!” ujar Kwangmin. Tiada secalit senyuman pun yang terlakar pada wajahnya.
Gadis tersebut mula menangis. “Awak kejam!”
Youngmin tersenyum sinis. “Bukan ke awak yang kejam? Awak tak kisah jadi kekasih sesiapa saja antara kami? Awak ingat kami ni permainan ke?”
“Lagipun awak bukan citarasa kami. Balik rumah dan gayakan semula diri awak dan kemudian kami akan fikir untuk terima awak ataupun tidak.” Kembar tersebut berkata.
“Dan untuk surat ni, terima kasih.” Kwangmin menggoyak surat tersebut menjadi cebisan. “Lain kali bagi sampul yang berwarna biru sebab kami benci merah jambu. Youngmin jom.”
“Selamat tinggal...” Youngmin melambai sebelum berlalu pergi.
Starlight High School. 15 Tahun.
Class 3-1
“Youngmin, Kwangmin, kelas kita akan adakan majlis minum petang pada Isnin minggu depan. Saya harap awak berdua dapat hadir kan diri.” Hyuri, ketua kelas 3-2 berkata. “Dan pada hari Sabtu, semua murid dikehendaki untuk hias bilik musik 3 yang dijadikan tempat untuk majlis kita.”
“Maaf, tapi kami tak akan hadiri majlis tersebut.”
“Kenapa?”
“Sebab kami tak suka.”
“Tapi majlis macam ni sepatutnya dihadiri oleh semua murid di dalam kelas. Kalau tak majlis ni takkan lengkap. Tak boleh ke awak berdua hadiri majlis ni. Kalau awak berdua tak nak tolong hias pun tak apa tapi cubalah untuk datang.” Hyuri memujuk.
“Kalau macam tu kita akan main satu permainan. Kalau ada sesiapa yang boleh jawab dengan betul, kami akan hadiri majlis tersebut.”
Semua murid mula berkumpul di meja Youngmin dan kwangmin.
“Permainan apa?”
Kembar Jo memandang satu sama lain. “Permainan ‘Teka siapa diantara kami ialah Youngmin.’ Boleh ke?”
Jari runcing Hyuri menghala ke arah Kwangmin. “Awak Youngmin.”
“Salah. Yang sedang duduk di sebelah kanan sambil memegang buku tu ialah Youngmin. Betul kan Jo Twins?”
Semua pandangan menghala pada gadis yang sedang berdiri di hadapan kelas. Youngmin dan Kwangmin tergamam. Mereka tak percaya bahawa gadis tersebut boleh jawab dengan betul dan yang lagi mereka tak percaya bahawa gadis di hadapan mereka itu ialah...
“Oh Hani?” Serentak Youngmin dan Kwangmin berdiri.
“Apa kau buat dekat sini?”
“Aku berpindah sekolah.” Hani tersenyum. “Sebelum tu bukan ke biadap untuk larikan diri sebelum minta maaf? Korang tak pernah menyesal ke buli aku sebelum ni?’
“Buat apa kami nak minta maaf. Itu salah kau sebab tak pandai jaga diri.”
“Apa korang kata?” Hani mendekatkan diri pada kembar tersebut. Lengan uniform di lipat hingga paras siku. “Apa pun korang kena hadiri majlis tersebut!”
“Kau bukan dari kelas kami.”
“Oh pembetulan, mulai hari ni aku juga murid di dalam kelas ni. Selamat berkenalan Jo twins.”
“Hah? Kau bukan ke setahun lebih muda dari kami?”
Hani tersenyum bangga. “Aku lompat kelas. Kenapa terkejut ke Jo Twins?”
“Boleh tak berhenti panggil kami Jo twins?! Kami ada nama.”
Hani tergelak kecil. “Baiklah Encik Youngmin dan Kwangmin.”
“Erm, awak berdua akan hadiri majlis tersebut ataupun tidak?” Hyuri menanya.
Youngmin dan kwangmin mencapai beg mereka. “Tengoklah...”
Kesemua murid hanya melihat dua kembar itu melangkah keluar daripada kelas padahal kelas belum pun bermula. Ponteng lagi...
Hani menepuk bahu Hyuri. “Tak apa. Saya akan pasti kan mereka datang.”
Hyuri tersenyum gembira.
Bilik Musik 3. Sabtu.
“Boleh aku tanya lagi kenapa kami ada dekat sini?” Youngmin merungut namun tangannya tangkas menggantung reben. Kwangmin pula sedang menyusun pinggan mangkuk diatas meja. Hani? Disebabkan dia pelajar baru, dia diberi layanan istimewa untuk tidak membuat apa-apa kerja.
“Kenapa korang ada dekat sini?” “Sebab pertama ini ialah aktiviti kelas jadi korang tak boleh ponteng. Kedua, ini ialah cara yang paling baik untuk mencari kawan baru.”
“Kami tak perlu kan kawan.” Kwangmin mendekati Hani.
“Well, mungkin kau cakap macam tu tapi sebenarnya hati kau kata lain kan? Korang rasa terasing kan bila murid-murid lain dapat berinteraksi sesama sendiri tapi korang tak. Korang kena cuba untuk buka kepompong barulah orang lain boleh rapat dengan korang. Korang nak orang lain dapat bezakan korang kan? Jadi, benarkan kawan-kawan kita mendekati korang, fahami korang.”
Mata mereka meliar melihat murid-murid kelas yang sedang tersenyum gembira memandang mereka.
“Jadi terima lah kami. Buka hati korang untuk terima kami. Kami sudi berkawan dengan awak berdua.” Hani menghulur tangannya.
Youngmin dan kwangmin menarik nafas. Perlahan-lahan tangan mereka menyambut huluran Hani. “Kami akan cuba jadi kawan yang baik. Tolong beri tunjuk ajar!”
Sorakan memenuhi bilik musik tersebut. Semua berpusu-pusu untuk memeluk Youngmin dan kwangmin.
“Baiklah! Untuk majlis pada Isnin ini kita akan gunakan mask concept. Pastikan baju dan mask korang yang terbaik sebab kita ada hadiah istimewa untuk King and Queen of the day!” Hyuri menjerit gembira.
Sekali lagi jeritan memenuhi bilik musik tersebut. Sekarang mereka dapat kongsikan kegembiraan dengan orang lain. Akhirnya rama-rama dapat keluar dari kepompong dan temui hidup yang lebih gembira.
***
Tea Party
“Jadi Hani, jom main permainan ‘Teka siapa diantara kami ialah Youngmin’.”
Hani meletakkan jari di dagunya. “Yang pakai mask warna silver ialah Kwangmin dan mask berwarna gold ialah Youngmin. Betulkan?”
“Betul! Tapi macam mana kau boleh cam kami ya?”
“Itukan kelebihan aku. Sebab tu aku special untuk korang kan?”
Youngmin dan Kwangmin menggangguk kepala. “Jadi, nak tak menari dengan aku?”
Youngmin dan Kwangmin menjeling satu sama lain.
“Aku minta dulu lah.”
“Tak! Aku!” Kwangmin menolak Youngmin ke tepi.
“Hey!”
Hani ketawa kecil. Dia mencapai tangan Youngmin dan Kwangmin dan menarik mereka berdua ke tengah dewan. “Kenapa tak menari bersama? Boleh kan?”
“Mestilah boleh!”
“Baiklah, King and Queen of The Day jatuh pada...”
Lampu spotlight berhenti pada Youngmin, Kwangmin dan Hani.
“Eh?!”
“Tapi kami ada tiga orang?”
“Bukan ke itu buat kisah korang lagi menarik? Lagipun Youngmin dan Kwangmin ialah satu betul bukan?” Hyuri berkata menggunakan mikrofon.
Rakan sekelas mula menjerit nama mereka.
“King and Queen of The Day jemput datang ke hadapan untuk terima mahkota dan hadiah.”
Youngmin dan Kwangmin menggenggam erat tangan satu sama lain.
“Kita tetap satu bukan?”
Mahkota di letakkan di atas kepala manakala Hani diberi tiara yang berunsurkan bunga-bungaan.
“Masa untuk menyarung cincin!”
“Aku sarungkan.”
“Tak aku!”
“Aku abang!”
“Mana aci! Cincin yang aku dapat nak letak mana?”
“Letak je lah kat orang lain!”
Hani menepuk dahinya. Macam mana dia boleh suka dua lelaki di hadapannya ini.
Hani menghulur kedua belah tanggannya. “Aku kan ada kedua belah tangan.”
“Tak pelik ke?”
“Daripada korang berdua bergaduh depan ni dan malukan aku.”
Youngmin dan Kwangmin tersenggih. Cincin disarungkan pada jari Hani.
“Aku cintakan kau.” Youngmin berbisik di telinga sebelah kiri manakala kwangmin di sebelah kanan.
“Aku pun suka korang jugak.”
Kwangmin menarik Hani ke tengah pentas. “Menari dengan aku, jom?!”
“Aku pun nak join jugak!” Youngmin mengejar mereka berdua.
_
2095 words?! Ni lah cerpen terpanjang yang pernah saya buat. Setakat ni lah. Huhu ...
Saya paling suka dengan cerpen ni sebab ada nama saya dan sebab saya perasan nak jadi orang Korea so saya tukar nama saya kepada nama Korea 'Oh Hani'. Macam dalam drama Playful Kiss tu... *Perasan sat.



0 Comment(s)
? back up ? / Newer ?
OHAYO! Suki Desu ?